top of page

Pengenalan STEM

Perkataan STEM adalah sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik. 

bermaksud gabungan (integration) mata pelajaran bidang sains, matematik, kejuruteraan dan teknologi untuk mengajar kemahiran abad ke-21. Ini bagi menyediakan pelajar untuk pekerjaan masa hadapan dan membolehkan mereka bersaing dengan pelajar lain di seluruh dunia.

Kurikulum STEM mengabungkan keempat-empat disiplin tersebut dan menggalakkan pengalaman hands-on serta memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan dalam bilik darjah pengetahuan “dunia sebenar” yang relevan.

Visi Inisiatif STEM

Visi bagi melahirkan modal insan yang berkualiti bagi memenuhi keperluan negara dalam bidang STEM  dan mencukupi serta memiliki etika dan nilai kewarganegaraan bagi memacu ekonomi negara.

Hasrat Inisiatif STEM

Meningkatkan minat murid melalui pendekatan pembelajaran yang baharu dan pemantapan kurikulum untuk menghadapi cabaran dunia yang sedang berubah dengan pengaplikasian sains, matematik, kejuruteraan dan teknologi (STEM).

AKTIVITI STEM @ TBM

Eksperimen 'Elephant Toothpaste'

Eksperimen Ubat Gigi Gajah (Elephant Toothpaste) digunakan sebagai gimik pelancaran Minggu STEM (Science Technology Engineering Mathematics) yang di laksanakan oleh murid tingkatan 5. Ubat gigi gajah adalah percubaan sains yang mencipta pancutan yang besar. Eksperimen ini menggunakan bahan kimia yang mudah walaupun terdapat banyak langkah, tetapi mudah untuk di 

laksanakan. 

Eksperimen Sabun

Aktiviti menghasilkan sabun dilaksanakan oleh murid tingkatan 3. Ini adalah salah satu aktiviti yang diadakan selepas peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 2019 (PT3 ’19). Murid dikehendaki membawa peralatan sendiri. Sebagai contoh, acuan silikon dan perhiasan seperti bunga dan rempah-ratus. Guru yang bertugas membimbing murid untuk menjalankan aktiviti tersebut. Murid dibahagikan kepada kumpulan bagi setiap kelas.

Eksperimen Bedah Katak

Eksperimen bedah katak di laksanakan oleh pelajar Biologi tingkatan 5 secara berkumpulan. Eksperimen ini bertujuan untuk mengenal pasti  ciri anatomi katak (vertebrata dengan kesamaan anatomi dengan manusia) dan menyiasat sistem respirasi haiwan tersebut. Selain itu, untuk mengenal pasti  dan label kan ciri luaran dan dalaman. Oleh itu, murid dapat memegang, melihat dan menerokai organ katak tersebut.  

STEM@TBM
bottom of page